Friday, August 8, 2014

[INFO] Tanda-tanda Wanita Subur

Masa subur wanita seperti yang kita ketahui, sangat berhubungkait dengan dengan cara cepat hamil. Ini kerana saat masa subur itulah sperma yang masuk dapat menjadi sel telur. Ada pelbagai cara untuk mengetahui bila masa subur ini datang. Boleh dengan mengira kalendar, dengan ovulusi test dan sebagainya




Untuk memudahkan gambaran bagaimana cara mengetahui ciri-ciri wanita subur, berikut ini akan saya berikan beberapa kaedah untuk mengetahuinya. Yang saya maksud tentang ciri-ciri wanita subur iaitu tanda-tanda wanita memang sedang dalam masa subur. Walaupun bukan bererti semua wanita mengalami hal di bawah ini.

 
Ciri-Ciri Wanita yang Sedang dalam Masa Subur

Untuk mengetahui wanita yang sedang subur, berikut ciri-cirinya:

  1. Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh.Masa subur wanita dengan kitaran haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan mengira secara kalendar, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu badan. Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu badan yang terjadi adalah sekitar 0,2 darjah Celsius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.
  2. Cecair Serviks Mengalami Perubahan. Wanita pada masa subur mempunyai cecair serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cecair serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada keadaan yang sedang tidak subur keadaan cecair serviks kelihatan lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.
  3. Ghairah Tinggi. Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan kelihatan lebih ghairah dari biasanya. Hal ini akan mengakibatkan wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajarlah, ghairah meningkat bermakna keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.
  4. Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), kedudukan serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak ovulating, kedudukan serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, anda boleh memasukkan jari anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka anda akan dapat menyentuh bahagian hujung serviks, rasanya seperti bahagian hujung hidung.
  5. Perut Terasa Kembung. Di masa subur, anda mungkin merasa bahawa seluar anda terasa sempit, meskipun tidak sedang kekenyangan atau berat badan naik. Hal ini biasa berlaku kerana pada masa ovulasi ini tubuh sedang meyimpan air dalam keadaan yang banyak.
  6. Menggunakan Alat Ujian Ovulasi. Alat Ujian Ovulasi ini gunanya sangat mirip dengan test pack dalam ujian kehamilan. Dengan menggunakan alat ini maka kesahihan bahawa anda sedang subur memang tak perlu diragukan.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita yang sedang mengalami masa subur. Apabila anda mengalami tanda-tanda di atas maka itulah saat yang tepat untuk merancang kehamilan anda.

Thursday, August 7, 2014

[TIPS] 5 Petua Untuk Cantik Selepas Bersalin



Mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu-ibu yang bersalin. Pada waktu ini, berat badan akan meningkat dengan mendadak. Perut pula akan nampak menggeleber. Seluar yang dipakai ketika sebelum bersalin sudah tidak muat lagi.
Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua untuk cantik selepas bersalin yang boleh diamalkan. Ianya adalah gabungan beberapa petua orang dulu-dulu dan kaedah moden.
Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:

1. Mengambil herba-herba tradisional
Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.
Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.
Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.
Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:
  • Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
  • Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
  • Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
  • Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
  • Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
  • Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.
Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.
Bengkung baik untuk:
- mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
- mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
- menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
- menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
- menghalang peranakan daripada ‘turun’.

3. Mengambil makanan yang berkhasiat.
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.
Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.

4. Sentiasa menyusukan anak.
Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.

5. Kerap bersenam
Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.

Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu :)

Wednesday, August 6, 2014

GLA Membantu Wanita Menghadapi Menopause

Apa itu Menopause?

Menopause bermaksud berakhirnya kitaran haid untuk seseorang wanita. Selalunya terjadi di kalangan wanita yang berusia lewat 40-an atau awal 50-an, dan ia menandakan bahawa berakhirlah fasa kesuburan dalam hidup wanita tersebut.

Walau bagaimanapun, menopause bukan bermakna haid itu tiada, tetapi lebih tepat didefinisikan sebagai tamatnya fungsi utama ovari yang membebaskan hormon yang membentuk dinding uterus dan seterusnya penyingkiran lapisan rahim (a.k.a haid).

Menopause juga boleh terjadi sebelum mencapai usia 40-an. Ia dikenali sebagai menopause awal. Wanita yang menopause awal mungkin disebabkan oleh tabiat merokok, BMI yang tinggi, faktor keturunan, penyakit, rawatan kemoterapi, radiasi dan pembedahan mengeluarkan ovari.

Jadi apakah tanda-tanda anda bakal menopause?

♥ haid tidak teratur
♥ vagina kering
♥ rasa panas
♥ berpeluh waktu malam
♥ masalah sukar tidur
♥ perubahan mood
♥ pertambahan berat badan
♥ kulit kering
♥ rambut menipis



Bagaimana GLA Complex boleh bantu wanita hadapi menopause?

GLA Complex mengandungi Gamma-Linolenic Acid dan Omega-6 yang membantu masalah simptom pra-menopause ini. 
Selain itu GLA juga dapat:

  • Mengawal-selia estrogen dan testoteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal-selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus sepertihot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur.
  • Pelangsingan dan menghalang berat badan - Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.




Jom baca testimoni customer yang belikan GLA untuk ibunya yang dah menopause. 

 
*****************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
*Jadual pemakanan vitamin dan konsultasi akan diberi secara berpanjangan
 

Tuesday, August 5, 2014

Apa itu Ovarian Cyst , Kesan , Dan Rawatan untuk Penyakit Ini

Apa itu Ovarian Cyst ?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.

Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.


Perbezaan ovari normal dengan ovari yang mempunyai cyst

Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.

Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.


Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:

  • Muntah dan Loya 
  • Sakit Perut 
  • Sakit semasa hubungan seks 
  • Sukar atau kerap kencing 
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa 
  • Rasa berat pada ari-ari

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?

Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

Bagaimana untuk Merawat Cyst ?

Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Selain itu, anda boleh mencuba mengambil supplemen semulajadi GLA Complex Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
 
 
Jom kita lihat testimoni-testimoni customer yang pernah menggunakan GLA COMPLEX dan mendapat hasil yang positif :)


 
Namun harus diingat ye..semua ini juga berlaku atas keizinan ALLAH SWT.Kita hanya mampu berusaha dan selbihnya kita serahkan pada DIA YANG MAHA ESA :)
 
 
*****************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
*Konsultasi akan diberi secara berpanjangan

SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam

Thursday, July 24, 2014

Perbezaan Ubat dan Vitamin

Assalammualaikum..

Saya tahu ramai dikalangan kita menganggap ubat dan vitamin adalah sama. Anda semua jangan keliru ya.. Ubat dan vitamin adalah dua benda yang berbeza. 

Mari kita lihat perbezaan antara kedua-duanya.


Medicine ( Ubat )
1.       Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.


Supplement ( Vitamin )
1.    Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.
Jadi, Semuanya ditangan anda. Anda yang memilih sama ada ubat ataupun vitamin. Bak kata pepatah "Mencegah lebih baik dari mengubati"

Fikir-fikirkan lah...

*****************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
FB : Iliefadilah
FB Page : Kedai Vitamin Ilie
*Konsultasi akan diberi secara berpanjangan

SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam

Wednesday, July 23, 2014

Declaration Distributor Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum semua..

Hari ni baru nak buat declare diri ini sebagai distributor Shaklee. Agak terlambatkan. Biar lah lambat asalkan saya buat.  Tak gitu...?

Nama saya Ilifadilah binti Karman. Pengedar sah Shaklee dengan ID 1086058 Di Sabah dan seluruh Malaysia. Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan set-set Shaklee seperti :

1. SET DIET / KURUS
2. SET KECANTIKAN
3. SET KESUBURAN
4. SET KEHAMILAN
5. SET BERPANTANG
6. SET PENYUSUAN
7. SET ANAK SIHAT & BIJAK DAN LAIN-LAIN

Register member pun dialu-alukan.

Cod area Kota Kinabalu, Papar, Bongawan, Beaufort dan Kuala Penyu.
Penghantaran pos ke seluruh Malaysia.
 

*****************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
FB : Iliefadilah
FB Page : Kedai Vitamin Ilie
*Konsultasi akan diberi secara berpanjangan

SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam

PHYTOCOL-ST SHAKLEE

Assalammualaikum..

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya share produk yang Shaklee baru lancarkan iaitu PHYTOCOL-ST.


PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL.

Kelebihan dan Keistimewaan Shaklee.

Fitosterol

  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.

Bagaimana Fitosterol bertindak?

Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda


Tanda-tanda kolestrol tinggi

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin

Rawatan yang boleh dilakukan

Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.
• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam
• Mengambil PHYTOCOL Shaklee

So, dah tahu apa itu PHYTOCOL, bagaimana ianya bertindak. 
Berminat ???????????

*****************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
FB : Iliefadilah
FB Page : Kedai Vitamin Ilie
*Konsultasi akan diberi secara berpanjangan

SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam