Thursday, May 15, 2014

Saya Hamil.. Apa yang perlu saya tahu

Assalammualaikum..

Tahniah!!! Anda telah disahkan hamil.. Apa yang perlu anda tahu yang seterusnya???

1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.

2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit. Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.

3. Pengambilan Asid Folik
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

4. Bersenam
Senaman boleh memberi kekuatan dan ketahanan pada ibu hamil. Senaman juga akan memudahkan ibu hamil kembali ke bentuk tubuh asal selepas bayi anda dilahirkan. Semasa hamil, wanita digalakkan melakukan senaman lantai pelvik bagi menguatkan otot sekitar pelvik yang membantu mengelakkan daripada berlakunya inkontinens, yang selalu dialami oleh wanita hamil. Tekanan inkontinens adalah terkencing akibat aktiviti tertentu seperti bersin, ketawa atau bersenam.

5.  Pakaian Dan Kasut Ketika Hamil
Sepanjang kehamilan, ibu-ibu disarankan agar memakai pakaian yang longgar dan tidak mencengkam terutamanya pada bahagian pinggang. Pastikan juga pakaian tersebut menggunakan fabrik yang mudah serap peluh seperti kain kapas. Pada masa yang sama, pakaian dalam juga perlu yang sesuai iaitu khas untuk wanita hamil. Untuk kaki, pilihlah kasut bertumit rendah dan diperbuat daripada kanvas atau kulit yang membantu memberi sokongan kepada tapak kaki anda.

6.  Hadkan Pengambilan Kafein
Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa pengambilan terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko keguguran dan melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pakar memberitahu bahawa jumlah pengambilan kafein yang tidak memudaratkan ialah sekitar 150mg hingga 300mg, dalam 3 cawan. Walau bagaimanapun, pengambilan kafein yang kurang daripada kadar tersebut adalah lebih baik.

7. Atasi Morning Sickness
Morning sickness merupakan masalah paling biasa berlaku pada awal kehamilan tetapi tahap keseriusannya berbeza antara wanita. Masalah ini tidak akan mengancam bayi dalam kandungan selagi anda mampu untuk menyimpan sebahagian daripada apa yang dimakan. Sama penting adalah anda harus banyak minum air. Makanlah makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika berasa amat loya, makan apa saja yang mampu.

8. Rehat Secukupnya
Ibu hamil disarankan agar mendapatkan rehat secukupnya. Jika sakit belakang mengganggu tidur, cubalah berurut. Tapi, pastikan urutan tersebut dilakukan oleh individu yang berpengalaman. Selain itu, senaman dan aktiviti santai juga boleh membantu meredakan tekanan yang dihadapi.

Ibu yang hamil perlu mengambil vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk si ibu tetapi juga untuk tumbesaran yang sihat anak di dalam kandungan. Shaklee menyediakan vitamin-vitamin yang selamat untuk ibu hamil iaitu SET KEHAMIILAN.



1. ESP (850g) : membantu perkembangan sel tubuh bayi dan memberi tenaga kepada ibu hamil. Dibancuh bersama minuman kegemaran tidak berkafein. Max 3 sudu sehari. 1 canister untuk stok 1-2 bulan, ikut kekerapan pengambilan.
2. B-Complex (120 biji) : kaya dengan asid folic, menghasilkan sel darah & melancarkan peredaran darah. Ambik sebiji sehari. Sebotol untuk stok 4 bulan.
3. Vita-C (180 biji) : meningkatkan sistem imun badan. Ambik 1 biji sehari. Sebotol untuk stok 6 bulan.
4. Ostematrix (120 biji) : untuk tulang & gigi yang sihat, mengatasi sembelit. Ambik 2-4 biji sehari. Sebotol untuk stok 1-2 bulan.
5. Vitalea (120 biji) : multivitamin yang kaya dengan iron, mengatasi masalah Hb (hemoglobin) rendah semasa hamil. Ambik 1-2 biji sehari. Sebotol untuk stok 2-4 bulan.
6. Omega Guard (90 kapsul) : utk perkembangan otak janin. Diambik semasa trimester kedua dan ketiga (minggu ke-13 hingga ke-36). Ambik 1 kapsul sehari. Sebotol untuk stok 3 bulan.

Selepas melahirkan, anda hanya perlu tambah Alfalfa dan Zinc untuk melengkapkan SET BERPANTANG & BREASTFEEDING…


 ***************************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
FB : Iliefadilah
FB Page : Kedai Vitamin Ilie


SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam

Suplemen Untuk Mudah Mengandung

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya ingin memiliki zuriat sendiri. Bukan semua wanita dikurniakan rezeki boleh terus mengandung selepas mendirikan rumah tangga. Ada yang perlu menunggu berbulan bahkan bertahun untuk sebelum dikurniakan zuriat. Ya memang kita sedia maklum, ia nya rezeki kurniaan dari Allah Yang Maha Kuasa.

Tetapi itu bukan alasan untuk bakal ibu ayah untuk tidak berusaha bagi mendapatkan zuriat. Usaha berterusan perlu dilakukan tanpa henti selain berdoa meminta kepada Maha Esa. Salah satu usaha yang perlu dipraktiskan oleh bakal ibu ayah ialah mengamalkan pengambilan suplemen tambahan.

Oleh itu bakal ibu ayah perlu mencari ilmu mengenai keperluan suplemen yang diperlukan oleh wanita yang merancang untuk mengandung. Tubuh badan manusia terutama wanita yang hendak memiliki anak memerlukan zat tertentu yang kadang kala tanpa disedari kita tidak cukup mengambilnya.

Antara khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan adalah yang terkandung dalam vitamin E, zinc, asid pantotenik,kalium,vitamin A, vitamin C, vitamin D, thiamin B6, riboflavin dan niacin. Vitamin tersebut dikatakan fapat membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita seterusnya berpeluang untuk mengandung.

Shaklee menyediakan vitamin-vitamin yamg selamat dan dapat membantu bakal ibu dan ayah untuk mendapatkan zuriat iaitu VITAMIN SET KESUBURAN.


 Set Kesuburan Isteri:

 1) GLA

GLA membantu kitar haid yang tidak teratur dan masalah senggugut yang kerap dialami sewaktu pre-menstrual. GLA membantu meningkatkan sistem kesuburan isteri, sekaligus meningkatkan potensi persenyawaan untuk berlaku.Membantu sperma untuk terus hidup lebih lama dalam Tiub Fallopio sekaligus meningkatkan peluang persenyawaan

2) B Complex 

Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.


Set Kesuburan Suami:

 1) Zinc

Kandungan zinc dalam prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain. Justeru ia adalah mineral yang penting untuk kesuburan lelaki, mesti ambil ya.. Sangat penting untuk keupayaan seksual lelaki dan menguatkan sperma suami

2) Vitamin E

Meningkatkan keinginan seksual dan lebih tenaga. Membantu membentuk sel sperma yang sihat dan sempurna.Vitamin E juga bagus diambil oleh isteri bagi meningkatkan kesuburan dan keinginan seksual.

Banyakkan istigfar dan bersedekah. Kerana ini yang diajar Rasulullah ketika ada lelaki memohon cara bagaimana untuk dia dan isteri mendapatkan anak. Tak lama selepas itu, dia dikurniakan seorang anak lelaki. Dan Allah Maha Pemberi, diberi lagi 9 orang anak lelaki kesemuanya. Percaya pada Allah. Insyaallah.. Pasti anak yang dinanti akan tiba didukungan kalian. 

Hubungi saya bagi mendapatkan konsultasi khas set yang bersesuaian. Juga harga yang mampu milik ditawarkan.

*****************************************************************
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
FB : Iliefadilah
FB Page : Kedai Vitamin Ilie


SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam

Wednesday, May 14, 2014

Meal Shakes Bagus Untuk Anak-Anak

Assalammualaikum..

Ibu bapa mana yang tak gembira bila melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak dalam pelajaran. Apa kata kita sebagai ibu bapa berkorban sedikit duit gaji kita untuk kesihatan anak-anak. 

Hari ni saya kongsi sedikit info/manfaat mengenai Meal Shakes..





Antaranya --->

1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Mealshakes turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.

2. Membekal Nutrisi kepada Sel Tubuh
Yang mana ianya kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imunisasi dan lain-lain.

3. Membantu Tumbesaran
MealShakes mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang & sel,-sel untuk proses membesar.

4. Anti-Oksida
MealShakes mengandungi Vitamin A, C, E, Zink & selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan & melambatkan proses penuaan... Kurang lebih sedikit je lagi sama dengan khasiat pada ESP kan... untuk awet muda juga... bezanya ESP sumber protein 100% dan MEALSHAKE pula sebahaigannya adalah multivitamin...

Bulan ni PENJIMATAN HEBAT dengan pembelian MEALSHAKE beli 6 PERCUMA 1



*****************************************************************
 
Hubungi Saya:
SMS / Whatsapp / Wechat
Ilifadilah Karman
FB : Iliefadilah
FB Page : Kedai Vitamin Ilie


SHAKLEE : Sentiasa selamat, Sentiasa berkesan, Sentiasa mesra alam